suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ayu Ting Ting tak suntik putihkan kulit, cuma guna sabun mandi di rumah

Ayu tidak pernah membuat sebarang rawatan pemutihan.

PENYANYI Ayu Ting Ting menafikan dakwaan melakukan suntikan pemutih untuk mendapatkan kulit cerah, sebaliknya mengakui hanya mengamalkan penjagaan kulit di rumah menggunakan sabun mandian.

Ayu atau Ayu Rosmalina, 34, berkata perubahan penampilannya itu adalah hasil penggunaan sabun berkenaan yang turut membantu melembapkan kulit selain memberikan bau harum.

Menurutnya, dia jarang mendapatkan rawatan kecantikan di klinik kerana lebih selesa melakukan penjagaan kulit sendiri di rumah.

Ayu hanya menggunakan sabun mandi untuk pemutih wajah.

“Ramai yang mengatakan kami melakukan suntikan pemutih, sedangkan kami hanya menjaga kulit di rumah menggunakan sabun itu.

“Saya lakukan di rumah sahaja. Kalau mendapatkan rawatan di luar, kosnya agak tinggi. Bagi Ayu, yang penting adalah sabun mandian untuk kulit,” katanya.

Ayu berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam program YouTube Raditya Dika.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting bangga anak fasih bahasa Inggeris, dah tak risau nak melancong luar negara

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting siap ‘booking’ saf dalam masjid, keluarga dapat layanan istimewa jemaah Depok

Dalam pada itu, Ayu berkata dia mula mengetahui mengenai sabun berkenaan menerusi anaknya, Bilqis Khumairah Razak.

Menurutnya, sabun kerang yang digunakan itu perlu disapu ke seluruh badan dan dibiarkan selama lima hingga 10 minit sebelum dibilas.

“Saya tahu mengenai sabun itu daripada Bilqis, jadi Ayu pun menggunakan sabun kerang.

“Sabun itu membuatkan kulit lebih cerah, harum semerbak dan yang paling penting, kulit menjadi lembap serta tidak kering. Kulit kita jadi sihat,” ujarnya.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain